SELAMAT MENCUBA
Halaman
ANUGERAH PRASEKOLAH TERBILANG NEGERI PAHANG 2011
Salam semua... Hari ni just nak kongsi gambar sekitar Majlis Anugerah Prasekolah Terbilang Negeri Pahang bagi tahun2011 yang telah diadakan di Dewan Utama PSPN Pahang di Beserah Kuantan. Semua yang hadir adalah Guru Besar dan Guru Prasekolah di negeri Pahang yang menyertai pertandingan ini. Bersyukur terpilih untuk menyertai pertandingan ini dan berbangga di atas penghargaaan yang diberikan buat Prasekolah Ceria SK Jengka 19..
Sebanyak 3 buah prasekolah bertuah telah menjadi wakil untuk daerah Maran. Tahniah buat semua pemenang terutama sekali buat Prasekolah SK Ulu Jempol yang menjadi pemenang bagi daerah Maran. Tidak lupa juga buat Prasekolah Semaian Subur dari SK Jengka 11 yang bersama-sama Prasekolah Ceria menerima sijil penyertaan...






P&P Kreativiti Fizikal ( Aktiviti Mewarna Corak Batik )
Aktiviti berjalan seperti yang dirancangkan. Objektif P&P juga tercapai dibantu dengan penumpuan yang penuh minat murid semasa menjalankan aktiviti. Semua gembira dan saya turut gembira dan merasa bangga dengan hasil yang ditunjukkan oleh anak murid saya... sungguh tak di sangka, setelah dua tahun bersama dan satahun untuk murid yang berusia 5 tahun, mereka dapat menghasilkan karya yang sangat cantik dan menarik sesuai dengan usia mereka.
Saya harap apa saja ilmu yang diberikan kepada semua murid ini sepanjang meraka di Prasekolah Ceria, akan dijadikan sebagai bekalan yang berguna untuk mereka apabila di tahun 1 kelak. InsyaAllah..
ORGANISASI PRASEKOLAH CERIA SK JENGKA 19
PRASEKOLAH CERIA
26400 BANDAR JENGKA
PAHANG DARULMAKMUR.
P&P Kreativiti Fizikal
Salam semua...
Hari ni saya akan kongsi sebuah video yang saya buat khas untuk satu slot aktiviti P&P saya. Aktiviti ni saya buat masa ada pemantauan dari pihak JPN daerah Jerantut. Mereka datang untuk penilaian Pertandingan Prasekolah Terbilang peringkat negeri Pahang. Selain Fizikal kelas, aspek yang dinilai ialah dari segi sistem pengurusan prasekolah termasuk fail dan P&P. Dengan sebab tu la saya ada buat video ni sebagai penerangan kepada murid semasa aktiviti membuat salad buah dalam P&P saya..hehehe.











