Created By ~ Tg.Hezlin. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

P&P Kreativiti Fizikal ( Aktiviti Mewarna Corak Batik )

Salam semua rakan-rakan blogger... Hari ni saya nak kongsi satu aktiviti yang saya telah dijalankan di kelas pada minggu terakhir persekolahan lepas... Saya telah jalankan satu aktiviti yang pada saya sangat mengujakan anak murid saya. Aktiviti yang dirancang telah menarik minat murid untuk berkarya dengan mewarna corak lukisan batik di atas sebingkai kain batik dengan menggunakan warna air. Murid menjalankan aktiviti dengan penuh minat .

Aktiviti berjalan seperti yang dirancangkan. Objektif P&P juga tercapai dibantu dengan penumpuan yang penuh minat murid semasa menjalankan aktiviti. Semua gembira dan saya turut gembira dan merasa bangga dengan hasil yang ditunjukkan oleh anak murid saya... sungguh tak di sangka, setelah dua tahun bersama dan satahun untuk murid yang berusia 5 tahun, mereka dapat menghasilkan karya yang sangat cantik dan menarik sesuai dengan usia mereka.

Saya harap apa saja ilmu yang diberikan kepada semua murid ini sepanjang meraka di Prasekolah Ceria, akan dijadikan sebagai bekalan yang berguna untuk mereka apabila di tahun 1 kelak. InsyaAllah..


Gembira beraktiviti dalam kumpulan
.
Mewarna dengan tekun dan sabar


Menumpukan perhatian semasa aktiviti



Meluahkan kreativiti masing-masing


Ada yang memerlukan bimbingan guru


Guru membimbing murid


Hasil kreativiti murid Prasekolah Ceria mewarna pada corak lukisan batik

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan